Fakta Ajaib Price Consolidation

Barang ni kalau tak tau memang rugi beb!

Sebab inilah rahsia macam mana nak kejar saham sebelum dia meletup. Kuncinya terletak pada consolidation.

Tapi apa tu consolidation?

Consolidation adalah istilah bagi sesebuah saham yang tidak meneruskan atau menukar arah trend jangka panjang. Dalam fasa ini, saham biasanya akan bergerak dalam jurang yang sangat kecil sehinggalah sesuatu pattern muncul.

Sumber Carta TradingView

3 Ciri Saham Berada Dalam Mode Consolidation

  1. Saham tersebut mestilah sudah membentuk support dan resistance yang mampan, contoh seperti flag continuation pattern.

  2. Saham bergerak dalam ruangan yang sempit. Ingat volatility bagi setiap saham adalah berbeza, maka definisi sempit mestilah kena dalam skop yang betul.

  3. Ketika consolidation berlaku, volume secara relatifnya sangat kecil dan mungkin semakin mengecil.

Peluang Setelah Consolidation

John Bollinger ketika IFTA Conference 2018 di Kuala Lumpur pernah menyebut yang lebih kurang bermaksud: “Pasaran ketika sedang rendah volatility, menandakan volatility pada masa akan datang akan melonjak, dan begitu juga sebaliknya. Position sizing perlu dibesarkan hanya ketika volatility yang rendah, dan perlu dikecilkan ketika volatility tinggi.

Sesi Kick-off IFTA Conference KL 2018

Consolidation adalah situasi di mana volatility sedang rendah. Biasanya trader menunggu selepas consolidation, berlaku breakout yang kuat. Semakin kecil dan lama consolidation, biasanya semakin laju dan kuat momentum yang dihasilkan ketika breakout.

Namun anda harus ingat, pastikan terdapat confirmation sebelum trade consolidation breakout kerana tidak mustahil anda juga boleh terperangkap dalam false breakout.

KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.

Share the Post:

4 thoughts on “Fakta Ajaib Price Consolidation”

  1. Mohd Redzwan Bin Jpari

    Can you, sir suggest where should i start to begin my investment????
    I am a student….
    Thank you…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Buku Dato' Dr. Nazri Khan

AUTOPILOT MILLIONAIRE

Pra-tempah buku Autopilot Millionaire sekarang. 

Buku