Engulfing, Candlestick Pattern Pertama Yang Harus Anda Kuasai?

Kalaulah anda nak kuasai satu sahaja candlestick pattern dalam dunia ni, kami sarankan anda mulakan dengan pattern Engulfing.

Engulfing sangat powerful untuk mencari titik-titik reversal. Bak kata omputih “turning point”. Ianya sangat popular digunakan oleh semua jenis trader tak kira apa timeframe sekalipun dan merentasi sebarang jenis instrumen pelaburan. Baik saham, ETF, komoditi, kripto atau forex, anda boleh aplikasikan pattern Engulfing!

Maksud Engulfing

“Engulfing” bermaksud melitupi sepenuhnya. Ini kerana pattern ini dibentuk melalui 2 batang candle yang mana candle kedua akan melitupi candle pertama sepenuhnya.

Bentuk Engulfing

Bullish Engulfing

1. Candle pertama berwarna merah
2. Candle kedua berwarna hijau
3. Candle hijau buka lebih rendah berbanding close candle merah
4. Candle hijau close lebih tinggi berbanding open candle merah

Bearish Engulfing

1. Candle pertama berwarna hijau
2. Candle kedua berwarna merah
3. Candle merah buka lebih tinggi berbanding close candle hijau
4. Candle merah close lebih rendah berbanding open candle hijau

Cara Membaca Engulfing

Engulfing hanya valid apabila ianya berlaku di kawasan support & resistance. Kita mahu lihat bullish engulfing terbentuk ketika harga berlegar di sekitar support, dan bearish engulfing terbentuk ketika harga berlegar di sekitar resistance. Untuk lebih mudah memahami cara membaca pattern Engulfing, jom tonton video di bawah:

Sekiranya anda mendapati perkongsian kali ini bermanfaat, jangan lupa klik Share supaya kami boleh berkongsi lebih banyak info dengan anda.

Jom belajar untuk keluar dari masalah ekonomi bersama DDN & Team 100% PERCUMA!
Layari www.DDNK.com.my

KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.

Share the Post:
Scroll to Top
Buku Dato' Dr. Nazri Khan

AUTOPILOT MILLIONAIRE

Pra-tempah buku Autopilot Millionaire sekarang. 

Buku