{"id":288,"date":"2018-08-09T17:16:21","date_gmt":"2018-08-09T17:16:21","guid":{"rendered":"http:\/\/solonick.webredox.net\/?p=288"},"modified":"2025-02-01T09:19:52","modified_gmt":"2025-02-01T01:19:52","slug":"blog-post-title","status":"publish","type":"artikel","link":"https:\/\/ddnk.ai\/en\/artikel\/blog-post-title\/","title":{"rendered":"Hutang Negara VS Hutang Sendiri"},"content":{"rendered":"<p class=\"zw-paragraph\" data-textformat=\"{&quot;ff&quot;:&quot;arial,roboto,sans-serif&quot;,&quot;size&quot;:12}\" data-doc-id=\"3000004066629\">Berita mengenai hutang negara\u00a0yang\u00a0telah\u00a0mencecah RM1 trilion\u00a0dilihat menaikkan semangat patriotisme rakyat Malaysia untuk sama-sama memikul tanggungjawab\u00a0bagi melunaskan hutang tersebut.<\/p>\n<p class=\"zw-paragraph\" data-textformat=\"{&quot;ff&quot;:&quot;arial,roboto,sans-serif&quot;,&quot;size&quot;:12}\">Individu persendirian mula menghantar wang tunai dan cek kepada Jabatan Akauntan Negara untuk membantu menyelesaikan kemelut kewangan yang dihadapi kerajaan.<\/p>\n<p class=\"zw-paragraph\" data-textformat=\"{&quot;ff&quot;:&quot;arial,roboto,sans-serif&quot;,&quot;size&quot;:12}\">Memahami hasrat rakyat yang membuak-buak ini, kerajaan menubuhkan Tabung Harapan Malaysia sebagai saluran rasmi untuk orang ramai dan syarikat swasta menyalurkan sumbangan mereka. Tidak sampai 24 jam selepas\u00a0ia dilancarkan, kutipan Tabung Harapan telah pun melebihi RM7 juta ringgit.<\/p>\n<p class=\"zw-paragraph\" data-textformat=\"{&quot;ff&quot;:&quot;arial,roboto,sans-serif&quot;,&quot;size&quot;:12}\">Daripada perkembangan ini, kita dapat\u00a0membuat kesimpulan bagaimana rakyat begitu bimbang memikirkan kemungkinan negara\u00a0akan berdepan dengan kebankrapan atau krisis ekonomi yang lebih berat akibat daripada hutang\u00a0kerajaan\u00a0sehingga mereka sanggup\u00a0mengeluarkan wang daripada poket masing-masing.<\/p>\n<p class=\"zw-paragraph\" data-textformat=\"{&quot;ff&quot;:&quot;arial,roboto,sans-serif&quot;,&quot;size&quot;:12}\">Namun, saya\u00a0tidak begitu bimbang dengan hutang negara secara\u00a0umumnya.\u00a0Ini kerana daripada jumlah hutang RM1.087 trilion sehingga akhir tahun lalu, hanya RM686.8 bilion daripadanya (iaitu\u00a050.8 peratus daripada\u00a0Keluaran Dalam Negara Kasar atau\u00a0KDNK) adalah hutang rasmi kerajaan.<\/p>\n<p class=\"zw-paragraph\" data-textformat=\"{&quot;ff&quot;:&quot;arial,roboto,sans-serif&quot;,&quot;size&quot;:12,&quot;bgc&quot;:&quot;rgb(255,255,255)&quot;}\">Jika dicampur dengan\u00a0jumlah\u00a0RM199.1 bilion lagi iaitu jaminan kerajaan terhadap hutang yang dibuat oleh institusi awam\u00a0lain, peratusan hutang berbanding KDNK ialah\u00a065.4 peratus.<\/p>\n<p class=\"zw-paragraph\" data-textformat=\"{&quot;ff&quot;:&quot;arial,roboto,sans-serif&quot;,&quot;size&quot;:12,&quot;bgc&quot;:&quot;rgb(255,255,255)&quot;}\">Dalam ekonomi, tiada satu nilai yang dianggap &#8216;optimum&#8217; untuk\u00a0hutang negara\u00a0namun 65.4 peratus itu bukanlah angka yang membimbangkan\u00a0kerana\u00a090 peratus daripadanya adalah hutang\u00a0domestik.<\/p>\n<p class=\"zw-paragraph\" data-textformat=\"{&quot;ff&quot;:&quot;arial,roboto,sans-serif&quot;,&quot;size&quot;:12}\">Selain itu,\u00a0nisbah hutang\u00a0tersebut boleh diterima untuk negara seperti Malaysia\u00a0kerana ekonominya sedang berkembang dan dijangka tumbuh antara\u00a05.5 hingga\u00a06.0 peratus tahun ini.<\/p>\n<p class=\"zw-paragraph\" data-textformat=\"{&quot;ff&quot;:&quot;arial,roboto,sans-serif&quot;,&quot;size&quot;:12}\">Ini bermakna pendapatan negara pada masa hadapan dijangka mampu digunakan untuk melangsaikan hutang-hutang ini dengan lebih cepat. Selain itu,\u00a0harga minyak mentah dunia juga semakin meningkat, sekali\u00a0gus menaikkan hasil negara.<\/p>\n<p class=\"zw-paragraph\" data-textformat=\"{&quot;ff&quot;:&quot;arial,roboto,sans-serif&quot;,&quot;size&quot;:12}\">Apa yang saya\u00a0lebih bimbangkan ialah\u00a0hutang yang dibuat oleh rakyat sendiri, iaitu hutang isi rumah.\u00a0Inilah\u00a0yang selalunya menjadi\u00a0punca sebenar\u00a0krisis kewangan\u00a0sesebuah negara.<\/p>\n<p class=\"zw-paragraph\" data-textformat=\"{&quot;ff&quot;:&quot;arial,roboto,sans-serif&quot;,&quot;size&quot;:12}\">Apatah lagi apabila membaca laporan akhbar\u00a0kira-kira\u00a0dua bulan lalu yang menyebut bahawa terdapat rakyat Malaysia yang sanggup membuat pinjaman peribadi hanya semata-mata untuk menyambut perayaan Aidilfitri. Jumlah pinjaman yang dibuat\u00a0untuk tujuan tersebut\u00a0pada tahun ini mencecah lebih RM37.5 juta!<\/p>\n<p class=\"zw-paragraph\" data-textformat=\"{&quot;ff&quot;:&quot;arial,roboto,sans-serif&quot;,&quot;size&quot;:12}\">Hutang seperti ini mempunyai\u00a0kadar faedah sekitar 12 hingga 18 peratus setahun dan tempoh\u00a0bayaran balik selama dua tahun.<\/p>\n<p class=\"zw-paragraph\" data-textformat=\"{&quot;ff&quot;:&quot;arial,roboto,sans-serif&quot;,&quot;size&quot;:12}\">Laporan itu turut menyebut bahawa permohonan pinjaman yang diterima oleh kira-kira 1,500 syarikat pemberi pinjam wang berlesen khusus untuk menyambut Aidilfitri meningkat sebanyak 20 hingga 30 peratus pada tahun ini.<\/p>\n<p class=\"zw-paragraph\" data-textformat=\"{&quot;ff&quot;:&quot;arial,roboto,sans-serif&quot;,&quot;size&quot;:12}\">Ini belum lagi mengambil kira hutang isi rumah\u00a0lain seperti pinjaman\u00a0perumahan dan kenderaan, pinjaman\u00a0pendidikan, hutang peribadi yang digunakan untuk perkahwinan, hutang kad kredit, hutang membeli perabot rumah.<\/p>\n<p class=\"zw-paragraph\" data-textformat=\"{&quot;ff&quot;:&quot;arial,roboto,sans-serif&quot;,&quot;size&quot;:12}\">Bayangkan seorang individu yang mempunyai semua jenis hutang yang saya sebutkan di atas.\u00a0Berapakah jumlah pendapatan boleh guna individu tersebut jika gajinya setiap bulan perlu dihabiskan untuk membayar balik kesemua hutang-hutang ini?<\/p>\n<p class=\"zw-paragraph\" data-textformat=\"{&quot;ff&quot;:&quot;arial,roboto,sans-serif&quot;,&quot;size&quot;:12}\">Kadar hutang isu rumah\u00a0di Malaysia berada pada tahap 84.3 peratus berbanding\u00a0KDNK pada Disember 2017.\u00a0Ini jauh lebih tinggi daripada kadar purata hutang isi rumah\u00a0sebanyak 63\u00a0peratus di negara maju dan 21 peratus di negara membangun,\u00a0seperti dinyatakan dalam Laporan Kestabilan Kewangan Dunia oleh Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada Oktober 2017.<\/p>\n<p class=\"zw-paragraph\" data-textformat=\"{&quot;ff&quot;:&quot;arial,roboto,sans-serif&quot;,&quot;size&quot;:12}\">Sejarah telah menunjukkan bahawa peningkatan yang ketara dalam tahap hutang isi rumah mampu mencetuskan krisis ekonomi yang amat buruk, seperti\u00a0kegawatan\u00a0ekonomi dunia\u00a0pada 2008 yang dianggap paling teruk dalam tempoh 80 tahun.<\/p>\n<p class=\"zw-paragraph\" data-textformat=\"{&quot;ff&quot;:&quot;arial,roboto,sans-serif&quot;,&quot;size&quot;:12}\">Beberapa tahun sebelum itu, bank-bank di Amerika Syarikat memberikan pinjaman perumahan\u00a0dan kredit\u00a0dengan mudah termasuk kepada peminjam yang mempunyai rekod bayaran yang buruk sehingga meningkatkan\u00a0kadar hutang isi rumah rakyatnya.<\/p>\n<p class=\"zw-paragraph\" data-textformat=\"{&quot;ff&quot;:&quot;arial,roboto,sans-serif&quot;,&quot;size&quot;:12}\">Kejatuhan teruk harga rumah di negara itu bermula pada 2006 menyebabkan peminjam tidak mampu membayar semula hutang-hutang mereka\u00a0dan akhirnya\u00a0menyebabkan tertumbangnya bank-bank terkemuka di negara itu, sehingga sistem kewangan dunia\u00a0juga ikut sama\u00a0jatuh terjelepuk!<\/p>\n<p class=\"zw-paragraph\" data-textformat=\"{&quot;ff&quot;:&quot;arial,roboto,sans-serif&quot;,&quot;size&quot;:12}\">Benar, hutang merupakan antara\u00a0cara untuk\u00a0melancarkan roda-roda ekonomi sesebuah negara.\u00a0Ia membolehkan individu membuat pelaburan besar seperti\u00a0membeli rumah\u00a0atau menyambung pengajian\u00a0dengan menggunakan pendapatan masa hadapan mereka.<\/p>\n<p class=\"zw-paragraph\" data-textformat=\"{&quot;ff&quot;:&quot;arial,roboto,sans-serif&quot;,&quot;size&quot;:12}\">Namun\u00a0tahap\u00a0hutang isi rumah perlu dikawal.\u00a0Kajian IMF menunjukkan peningkatan nisbah hutang isi rumah\u00a0berbanding KDNK\u00a0dalam masa jangka pendek mampu memberi tujahan kepada pertumbuhan ekonomi dan peluang pekerjaan. Bagaimanapun, kesan yang sebaliknya dapat dilihat selepas\u00a0tiga hingga\u00a0lima tahun.<\/p>\n<p class=\"zw-paragraph\" data-textformat=\"{&quot;ff&quot;:&quot;arial,roboto,sans-serif&quot;,&quot;size&quot;:12}\">Ini kerana pada mulanya, isi rumah membuat lebih banyak pinjaman untuk membeli sesuatu yang baharu seperti kediaman dan kenderaan.\u00a0Sudah pasti ini menaikkan ekonomi apabila pengeluar kenderaan dan syarikat pemaju perumahan menggaji lebih ramai pekerja untuk memenuhi permintaan pasaran.<\/p>\n<p class=\"zw-paragraph\" data-textformat=\"{&quot;ff&quot;:&quot;arial,roboto,sans-serif&quot;,&quot;size&quot;:12}\">Lama-kelamaan, isi rumah yang mempunyai hutang terlalu tinggi ini terpaksa mengurangkan perbelanjaan untuk membayar semula hutang-hutang mereka.\u00a0Apabila jutaan penduduk berdepan dengan kesukaran untuk membayar hutang yang terlalu tinggi,\u00a0ia\u00a0akan\u00a0merencatkan pertumbuhan ekonomi negara.<\/p>\n<p class=\"zw-paragraph\" data-textformat=\"{&quot;ff&quot;:&quot;arial,roboto,sans-serif&quot;,&quot;size&quot;:12}\">Bagaimana untuk menyelesaikan masalah hutang isi rumah yang tinggi di Malaysia?\u00a0Di sinilah setiap pihak\u00a0perlu memainkan\u00a0peranan masing-masing.<\/p>\n<p class=\"zw-paragraph\" data-textformat=\"{&quot;ff&quot;:&quot;arial,roboto,sans-serif&quot;,&quot;size&quot;:12}\">Pertama, kerajaan perlu memperkenalkan peraturan yang lebih baik dalam sektor kewangan.\u00a0Hutang tidak boleh diberikan sewenang-wenangnya kepada individu yang tidak layak. Syarat pinjaman yang lebih ketat perlu dikenakan kepada peminjam untuk melindungi mereka sendiri daripada berdepan dengan masalah kewangan yang akhirnya\u00a0akan menjejaskan ekonomi negara.<\/p>\n<p class=\"zw-paragraph\" data-textformat=\"{&quot;ff&quot;:&quot;arial,roboto,sans-serif&quot;,&quot;size&quot;:12}\">Selain itu,\u00a0dasar dan undang-undang baharu perlu diperkenalkan untuk memastikan harga rumah tidak terlalu tinggi.\u00a0Ini kerana pinjaman perumahan merupakan komponen terbesar dalam hutang isi rumah.\u00a0Apabila harga hartanah meningkat, orang ramai perlu meminjam jumlah yang lebih besar untuk membeli sebuah rumah.<\/p>\n<p class=\"zw-paragraph\" data-textformat=\"{&quot;ff&quot;:&quot;arial,roboto,sans-serif&quot;,&quot;size&quot;:12}\">Dasar perdagangan yang lebih terbuka juga perlu diamalkan dalam industri automotif bagi memastikan harga kereta menjadi lebih rendah berbanding sekarang.\u00a0Ini kerana kenderaan selalunya merupakan komponen pinjaman kedua terbesar selepas hartanah.<\/p>\n<p class=\"zw-paragraph\" data-textformat=\"{&quot;ff&quot;:&quot;arial,roboto,sans-serif&quot;,&quot;size&quot;:12}\">Kedua, syarikat sewajarnya menawarkan gaji pada\u00a0kadar yang lebih baik dan sesuai dengan keadaan ekonomi dan kos sara hidup pada hari ini. Sektor swasta perlu bertungkus lumus untuk menjadikan perniagaan mereka lebih produktif supaya pengurangan\u00a0kos dan keuntungan tambahan dapat disalurkan dalam bentuk manfaat kepada pekerja terutama dalam bentuk upah yang lebih tinggi.<\/p>\n<p class=\"zw-paragraph\" data-textformat=\"{&quot;ff&quot;:&quot;arial,roboto,sans-serif&quot;,&quot;size&quot;:12}\">Selain itu, manfaat dalam bentuk biasiswa untuk pengajian\u00a0universiti juga merupakan antara\u00a0cara terbaik untuk syarikat menyumbang kepada penurunan hutang isi rumah.\u00a0Ini dapat membantu mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman pendidikan yang terpaksa diambil oleh kebanyakan rakyat Malaysia.<\/p>\n<p class=\"zw-paragraph\" data-textformat=\"{&quot;ff&quot;:&quot;arial,roboto,sans-serif&quot;,&quot;size&quot;:12}\">Ketiga, kita sendiri sebagai individu yang berhutang perlu memastikan pinjaman yang dibuat adalah setara dengan pendapatan yang diterima.\u00a0Kita\u00a0perlu celik kewangan dan belajar untuk menyimpan berbanding mengambil terlalu banyak pinjaman peribadi.<\/p>\n<p class=\"zw-paragraph\" data-textformat=\"{&quot;ff&quot;:&quot;arial,roboto,sans-serif&quot;,&quot;size&quot;:12}\">Contohi penduduk di negara yang mengamalkan pengurusan hutang isi rumah dengan lebih baik, seperti Jepun di mana\u00a0kadar hutang isi rumah di negara itu berkurangan dalam tempoh 2000 hingga 2015.<\/p>\n<p class=\"zw-paragraph\" data-textformat=\"{&quot;ff&quot;:&quot;arial,roboto,sans-serif&quot;,&quot;size&quot;:12}\">Ini kerana rakyat Jepun cenderung untuk mengumpulkan bayaran pendahuluan yang lebih besar sebelum membuat pinjaman perumahan.\u00a0Pemilik rumah di Jepun juga tidak menggunakan rumah mereka sebagai pajakan atau membuat\u00a0pembiayaan semula\u00a0(refinancing) bagi mendapatkan pinjaman tambahan atau wang tunai.<\/p>\n<p class=\"zw-paragraph\" data-textformat=\"{&quot;ff&quot;:&quot;arial,roboto,sans-serif&quot;,&quot;size&quot;:12}\">Tidak cukup dengan itu, kita perlu mencari lebih banyak pendapatan tambahan untuk melangsaikan hutang sedia ada.<\/p>\n<p class=\"zw-paragraph\" data-textformat=\"{&quot;ff&quot;:&quot;arial,roboto,sans-serif&quot;,&quot;size&quot;:12}\">Dalam dunia teknologi hari ini, ada jutaan\u00a0cara untuk menambah pendapatan\u00a0hanya dengan bermodalkan telefon pintar.\u00a0Saya sendiri menjadi tenaga pengajar yang mengajak orang ramai untuk melabur saham kerana saya tahu betapa mudahnya untuk kita berjual beli saham\u00a0pada hari ini dengan\u00a0menggunakan\u00a0telefon pintar.<\/p>\n<p>Kesimpulannya, daripada kita terlalu menumpukan kepada kedudukan hutang negara, lebih baik kita memperbaiki hutang sendiri dahulu kerana kedudukan kewangan rakyat yang sihat\u00a0akan membantu memutarkan roda ekonomi negara dengan lancar.<\/p>\n<p>Banyak itu saya kongsikan kepada anda yang pasti bukan perkara satu minit ianya memerlukan masa. Jika anda mencari jalan penyelesaian bagaimana untuk hadap situasi getir ini apa kata anda bersama saya berjumpa serta belajar dengan secara live. Saya bukan superman atau ironman yang mampu selamatkan dunia tapi saya percaya pada ilmu dan kepakaran yang saya miliki selama 21 tahun insyaallah bakal berubah segalanya. Nak tahu lebih lanjut apa kata klik <a href=\"http:\/\/www.pelaburglobal.com\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">di sini<\/a><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Berita mengenai hutang negara yang telah mencecah RM1 trilion dilihat menaikkan semangat patriotisme rakyat Malaysia untuk sama-sama memikul tanggungjawab bagi melunaskan hutang tersebut.<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":642,"parent":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","template":"","categories":[32],"tags":[33,35,36,37],"class_list":["post-288","artikel","type-artikel","status-publish","has-post-thumbnail","hentry","category-blog","tag-bursa-malaysia","tag-nazri-khan","tag-pelabur-global","tag-saham"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/ddnk.ai\/en\/wp-json\/wp\/v2\/artikel\/288","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/ddnk.ai\/en\/wp-json\/wp\/v2\/artikel"}],"about":[{"href":"https:\/\/ddnk.ai\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/artikel"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/ddnk.ai\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/ddnk.ai\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=288"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/ddnk.ai\/en\/wp-json\/wp\/v2\/artikel\/288\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12479,"href":"https:\/\/ddnk.ai\/en\/wp-json\/wp\/v2\/artikel\/288\/revisions\/12479"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/ddnk.ai\/en\/wp-json\/"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/ddnk.ai\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=288"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/ddnk.ai\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=288"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/ddnk.ai\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=288"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}