Daripada Kau Simpan, Baik Kau Beli Je Bank Islam Tu!

"Biar betul boleh beli bank. Jangan main cakap je..." Iya, memang betul. Realitinya, kita boleh beli bank melalui pemilikan saham syarikat Bank Islam (BIMB) dengan melabur. Kita juga layak untuk menghadiri AGM walaupun kita cuma pemilik kepada 100 unit saham sahaja. "Jadi ape bezanya simpan duit dekat Bank Islam dengan beli Bank Islam. Sekadar boleh datang AGM je ke.?" Ada perbezannya. Kalau kita menyimpan, simpanan kita tidak berganda. Tetapi jika kita melabur, simpanan kita akan berganda.

“Biar betul boleh beli bank. Jangan main cakap je…”

Iya, memang betul. Realitinya, kita boleh beli bank melalui pemilikan saham syarikat Bank Islam (BIMB) dengan melabur. Kita juga layak untuk menghadiri AGM walaupun kita cuma pemilik kepada 100 unit saham sahaja.

“Jadi ape bezanya simpan duit dekat Bank Islam dengan beli Bank Islam. Sekadar boleh datang AGM je ke.?”

Ada perbezannya. Kalau kita menyimpan, simpanan kita tidak berganda. Tetapi jika kita melabur, simpanan kita akan berganda.

Contohnya:
Anda mempunyai simpanan RM5000 dan mahu asingkan dari akaun simpanan yang lain.
Jadi anda boleh membeli saham Bank Islam
= sebanyak 1500 unit
= pada harga RM3.20 seunit pada Februari 2016.
1500 unit x RM3.20 (harga 1 unit) = RM4800

Jadi anda mempunyai balance RM200

Pada tahun ini 2017, harga seunit saham telah meningkat kepada RM4.20. Anda anda boleh jual terus pegangan saham anda untuk ambil keuntungan atas pelaburan anda.
= 1500 unit x RM4.20 = RM6300

Jadi keuntungan (Tidak Termasuk Kos Transaksi) anda adalah
6300 – 4800 = +/- RM1500
bersamaan R.O.I = 31.25%
Maka simpanan anda sekarang adalah
>> 6300 + 200(Balance) = RM6500

“Selamat ke duit kita kalau melabur? Tak hilang?”

Iya, selamat. Setiap transaksi pelaburan saham dilakukan melaui bank-bank yang diiktiraf seperti Affin Hwang Investment Bank, Bank Islam Investment Bank, Maybank Investment Bank.
Bahkan TABUNG HAJI, EPF, ASB, KWAP & PNB turut mempunyai pegangan saham dalam BIMB.

Belajar untuk untuk tukar kebiasaan simpan hanya sebagai simpanan kepada simpanan sebagai pelaburan.

SEDARLAH, BELAJARLAH DAN KETAHUILAH bagaimana pelaburan saham mampu membantu anda untuk tingkatkan ekonomi anda sendiri.

Share the Post:

11 thoughts on “Daripada Kau Simpan, Baik Kau Beli Je Bank Islam Tu!”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Buku Dato' Dr. Nazri Khan

AUTOPILOT MILLIONAIRE

Pra-tempah buku Autopilot Millionaire sekarang. 

Buku