Biden Akhirnya Mengakui Kepimpinan Tesla Dalam Pembuatan Kenderaan Elektrik Setelah Setahun Membisu

Presiden Joe Biden buat pertama kali dalam jawatan presidennya mengakui Tesla secara terbuka sebagai pengeluar kenderaan elektrik (EV) terbesar negara.

Biden memuji Tesla dalam suatu ucapan mempromosi syarikat-syarikat Amerika yang mengembangkan infrastruktur EV. Nama tersebut diselit antara nama-nama pembuat kereta legasi General Motors dan Ford, di samping syarikat kecil EV seperti Rivian Automotive dan Proterra.

Biden Acknowledges Tesla After Elon Musk Criticism
Kredit: Business Insider

Selama ini Biden mengelak daripada menyebut nama syarikat itu ekoran keputusan yang dikeluarkan oleh White House, juga didorong oleh persepsi dirinya bahawa Tesla adalah anti-kesatuan.

Sebutan itu juga dibuat selepas Ketua Eksekutif Tesla dan SpaceX, Elon Musk telah menghabiskan masa berbulan-bulan mengkritik, malah mengecam presiden serta pegawai dalam parti Demokrat di Twitter dan semasa wawancara akhbar.

Musk mengambil berat dengan rancangan perbelanjaan pro-kesatuan dan infrastruktur Biden, serta sikap acuh tak acuhnya yang jelas terhadap Musk, syarikatnya dan kepimpinan Tesla dalam pembuatan kenderaan elektrik dan infrastruktur pengecasan.

Komen Musk antaranya adalah dengan menggelar Biden sebagai “boneka stoking lembap dalam bentuk manusia,” apabila beliau menuduh presiden itu “dikawal oleh kesatuan.”

Musk unloads on 'puppet' Biden in Twitter rant — RT World News
Kredit: RT.com

Leretan itu berlaku selepas pentadbiran Biden mencadangkan pakej insentif EV yang memperuntukkan wang tambahan untuk pengguna yang membeli kenderaan elektrik, tetapi hanya jika kenderaan itu dibina oleh pekerja kesatuan.

Musk juga telah menyuarakan rasa tidak senang apabila Tesla tidak dijemput ke White House untuk membincangkan kenderaan elektrik bersama yang lain seperti GM dan Ford.

Penyokong Tesla juga melancarkan media sosial dan kempen pengiklanan luar untuk menekan presiden untuk memberi muka kepada Tesla atau Musk.

Tesla supporters petition White House for direct sales - Los Angeles Times
Kredit: Los Angeles Times

Bersama Tesla dan lain-lain, Biden juga memuji pengeluar peralatan pengecasan pantas Tritium pada hari Selasa kerana menubuhkan kemudahan pembuatan baharu di Tennessee. Beliau turut memuji Intel kerana rancangannya untuk membina kilang cip semikonduktor utama di Ohio.

“Semikonduktor, cip mikro memberi kuasa kepada hampir segala-galanya dalam kehidupan seharian kita. Telefon bimbit, kereta, peti sejuk, internet, grid elektrik. Tanpa semikonduktor alatan-alatan itu tidak boleh berfungsi sepenuhnya,” katanya.

Peningkatan pengeluaran cip domestik di US, kata Biden, akan membolehkan lebih banyak pembuatan di sini dan membantu mengurangkan inflasi.

“Salah satu sebab harga kereta sangat mahal ialah mereka bertanggungjawab untuk satu per lima daripada inflasi baru-baru ini. Ini kerana mereka kekurangan semikonduktor,” kata Biden. “Mereka tidak dapat membinanya dengan cukup cepat, jadi harganya naik lebih tinggi kerana bekalan kurang.”

Kemudian Biden menamakan Tesla sebagai contoh syarikat yang telah melabur dalam bidang pembuatan Amerika.

“Sejak 2021, syarikat telah mengumumkan pelaburan berjumlah lebih daripada $200 bilion dalam pembuatan domestik di sini di Amerika. Daripada syarikat ikonik seperti GM dan Ford membina pengeluaran kenderaan elektrik baharu, kepada Tesla, pengeluar kenderaan elektrik terbesar negara kita, kepada syarikat muda yang inovatif seperti Rivian membina trak elektrik atau Proterra, membina bas elektrik,” kata Biden.

Musk telah bersuara menentang kesatuan sepanjang kerjayanya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Tesla.

Sumber: CNBC

Belajar gandakan wang dengan pelaburan saham patuh syariah secara PERCUMA!
Layari www.MenangSaham.com

KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.

Share the Post:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Buku Dato' Dr. Nazri Khan

AUTOPILOT MILLIONAIRE

Pra-tempah buku Autopilot Millionaire sekarang. 

Buku