Apple Cadang Kurang Pengeluaran iPhone & AirPod

Apple dilaporkan bakal mengehadkan pengeluaran peranti iPhone dan AirPod mereka sebagai langkah mengawal risiko inflasi berikutan berkurangnya permintaan terhadap barangan elektronik akibat krisis yang berlaku di Ukraine.

Menurut laporan Nikkei, syarikat tersebut bercadang untuk mengurangkan pengeluaran 20% model iPhone SE mereka, iaitu sekitar 2 hingga 3 juta unit pada suku tahun akan datang, lebih awal berbanding yang telah dirancang. Selain itu, Apple turut mengurangkan pesanan AirPod mereka sebanyak lebih 10 juta unit sepanjang tahun 2022.

Free Close-Up Shot of an Iphone on a Wooden Surface Stock Photo

Baru sahaja beberapa minggu lepas, Apple mengumumkan iPhone SE (2022) mampu menyokong teknologi 5G. Malah, inilah pilihan mampu milik dalam barisan iPhone yang mempunyai ciri tersebut. Counterpoint Research memberitahu iPhone SE versi yang lalu telah menyumbang 12% kepada jualan semua versi iPhone bermula keluarannya pada Q2 2020 sehingga penghujung tahun lalu.

Namun sebahagian penyelidik berpendapat Apple berdepan dengan cabaran ini ekoran kurangnya kemaskini pada rekabentuk iPhone SE yang terbaru.

“Ianya nampak sama sahaja dengan iPhone SE (2020), pengubahsuaian semula kedua daripada iPhone 8, dan kurang kebarangkalian untuk merangsang permintaan pengguna,” kata Eddie Han, penyelidik di syarikat penyelidikan Taiwan, Isaiah Research yang telah mengurangkan ramalan jualan model tersebut sebanyak 5 juta unit.

Apple turut bercadang untuk mengurangkan pengeluaran kesemua model iPhone 13 sebanyak beberapa juta unit, dengan alasan permintaan bermusim yang lemah.

Saham Apple dibuka 1.47% lebih rendah berbanding penutup hari sebelumnya.

Sumber: Reuters, Investing.com

Belajar gandakan wang dengan pelaburan saham patuh syariah secara PERCUMA!
Layari www.MenangSaham.com

KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.

Share the Post:
Scroll to Top
Buku Dato' Dr. Nazri Khan

AUTOPILOT MILLIONAIRE

Pra-tempah buku Autopilot Millionaire sekarang. 

Buku