Ada Apa Dengan Swing Low & Swing High?

Swing low/high adalah terma dalam teknikal analisis yang merujuk kepada lekuk atau pusingan yang dibuat oleh harga saham dalam suatu tempoh masa, biasanya kurang 20 batang candle.

Mengapa Ianya Penting?

Dalam memerhati harga yang sentiasa berolak ketika bergerak dalam trend, swing low/high memberi gambaran yang sangat jelas di mana puncak dan di mana lurah.

Jarak antara swing juga memberi bayangan kekuatan sesebuah trend. Contohnya ketika uptrend, swing high berada jauh di atas swing high sebelumnya menunjukkan minat pembelian yang kuat.

Paras swing low/high akan menjadi penanda aras support dan resistance untuk pergerakan yang seterusnya.

Berapa besar swing turut menggambarkan momentum, manakala trader boleh membaca perubahan momentum apabila berlakunya divergence melalui kedudukan dua swing pada harga dibandingkan dengan dua swing pada oscillator.

Selain itu, swing yang besar juga memberikan lebih peluang kepada trader yang sukakan dip strategy untuk mendapatkan nisbah risiko-pulangan yang lebih berbaloi.

Cara Mengenalpasti Swing Low

Ketika harga sedang bergerak menghala ke bawah, swing low masih belum boleh dikenalpasti sehinggalah harga berubah bergerak ke atas.

Kemudian, kita perlu mencari di manakah paras terendah (low) yang dicecah oleh harga.

2 candle sebelum dan 2 candle selepasnya mestilah mempunyai low yang lebih tinggi daripada low tersebut.

Cara Mengenalpasti Swing High

Sama seperti swing low, namun ianya berlaku ketika harga saham bergerak ke atas dan kemudiannya berubah bergerak ke bawah.

Paras tertinggi (high) perlu dikenalpasti selepas perubahan pergerakan berlaku.

2 candle sebelum dan 2 candle selepasnya mestilah mempunyai high yang lebih rendah daripada high tersebut.

Mudah kan nak cari swing low/high? Selepas ini mudahlah untuk anda tanda support dan resistance. Jika anda sukakan perkongsian seperti ini, jangan lupa untuk klik LIKE & SHARE supaya kami akan perbanyakkan lagi penulisan teknikal analisis.

Belajar gandakan wang dengan pelaburan saham patuh syariah secara PERCUMA!
Layari www.MenangSaham.com

KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.

Share the Post:
Scroll to Top
Buku Dato' Dr. Nazri Khan

AUTOPILOT MILLIONAIRE

Pra-tempah buku Autopilot Millionaire sekarang. 

Buku