6.10% Dividen KWSP 2021, Agihan Tertinggi Dengan Jumlah RM56.72 Bilion

2 hari lalu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan pengagihan dividen sebanyak 6.10% bagi akaun konvensional, manakala 5.65% bagi akaun Syariah untuk tahun 2021, dengan jumlah keseluruhan pengagihan masing-masing adalah RM50.45 bilion dan RM6.27 bilion.

Jumlah tersebut menjadikan agihan pada kali ini adalah yang tertinggi, mengalahkan agihan pada 2017 yang bejumlah RM48.13 bilion. Di samping itu, turut menyaingi agihan 5.2% (konvensional) dan 4.9% (Syariah) pada tahun lepas (2020).

Ini adalah antara pencapaian yang boleh dibanggakan kerana KWSP mampu mengekalkan peratus pulangan yang tinggi kepada pencarum di saat pandemik masih belum berakhir. Lebih-lebih lagi, sejak 2020 sebanyak RM101 bilion telah dikeluarkan oleh pencarum untuk tujuan kelangsungan hidup sepanjang pandemik.

KWSP berharap dengan dividen dan prestasi cemerlang mereka dapat membantu proses membina semula simpanan persaraan ahli KWSP yang terjejas.

Disebabkan suasana ekonomi yang sudah banyak berbeza, KWSP mengambil pendekatan untuk “imbang semula” portfolio pelaburan pada 2021, dengan memfokuskan saham-saham yang bercirikan fundamental yang kukuh, tawaran harga yang menarik, serta memanfaatkan pelaburan luar negara mereka.

Dilaporkan urusan pengkreditan dividen bagi kedua-dua akaun konvensional dan Syariah akan diselesaikan pada Ahad (6 Mac). Ahli KWSP boleh menyemaknya melalui akaun atas talian i-Akaun ataupun penyata akaun daripada kiosk KWSP seluruh negara.

Share the Post:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Buku Dato' Dr. Nazri Khan

AUTOPILOT MILLIONAIRE

Pra-tempah buku Autopilot Millionaire sekarang. 

Buku