5G Didakwa Ganggu Isyarat Kecemasan Penerbangan

Selasa lalu, syarikat telekomunikasi US Verizon dan AT&T terpaksa menunda hasrat mereka untuk mengembangkan generasi baru jalur 5G C-band di kawasan lapangan terbang berikutan gesaan daripada US Federal Aviation Agency (FAA) dan International Air Transport Association (IATA).

Dijadualkan untuk melancarkan isyarat 5G+ pada Rabu, Verizon dan AT&T terpaksa menangguhkan untuk menghidupkan menara isyarat tanpa wayar mereka di sekitar lapangan terbang untuk mengelakkan gangguan frekuensi terutama apabila kapal terbang perlu membuat pendaratan kecemasan.

Verizon, AT&T Spend Billions on C-Band Spectrum: What That Means for You |  PCMag
Kredit: PC Mag

C-band (juga dikenali sebagai 5G+) merujuk kepada gelombang udara radio yang beroperasi pada spektrum frekuensi jalur pertengahan (mid-band), secara tepatnya antara 3.7 dan 4 GHz. Ini dikira sebagai frekuensi generik bagi 5G di seluruh dunia.

Kebanyakan syarikat telekomunikasi menggunapakai 5G pada frekuensi ini kerana ianya menawarkan lebih lebar jalur (bandwidth), bermaksud mampu membawa kapasiti sistem yang lebih tinggi pada kelajuan data yang lebih tinggi.

Untuk lebih mudah difahami, bayangkan sekiranya 3G adalah jalan 2 lorong, 4G pula adalah 6 lorong, maka 5G akan mengubah jalan tersebut menjadi 12 lorong.

Namun ianya menjadi masalah kerana radio altimeter pada kapal terbang – digunakan untuk mengukur paras ketinggian penerbangan seterusnya membantu juruterbang membuat keputusan membuat pendaratan – beroperasi pada frekuensi 4.2 – 4.4 GHz. Alat ini teramatlah sensitif dan frekuensi 5G+ yang terlalu hampir boleh menyebabkan pembacaan altitud menjadi tidak stabil atau tidak tepat.

Terdahulu, dilaporkan kebanyakan penerbangan dari US dan ke US dari negara-negara Asia, Timur Tengah dan Eropah terpaksa dibatalkan. Namun, jadual penerbangan diteruskan semula sejurus Verizon dan AT&T bersetuju mengehadkan liputan 5G di kawasan lapangan terbang.

Sumber: Reuters, CNN

Nak belajar teknik pelaburan saham yang betul bersama DDNK?
Pendaftaran PERCUMA –> www.MenangSaham.com

KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sen
diri.

Share the Post:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Buku Dato' Dr. Nazri Khan

AUTOPILOT MILLIONAIRE

Pra-tempah buku Autopilot Millionaire sekarang. 

Buku